Gerobok Kebajikan Insani Hospital Pontian disediakan ketika negara berhadapan pandemik COVID-19. Menyedari sebahagian lapisan masyarakat yang sangat terkesan dan memerlukan bantuan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. Idea ini telah dicetuskan oleh kumpulan PPP, PPK, Pemandu, Kejururawatan,Kerja Sosial dan lain-lain perkhidmatan.
Gerobok ini dapat memupuk masyarakat dan anggota Hospital Pontian dengan amalan bersedekah. Sambutan yang menggalakkan apabila bantuan juga turut disumbangkan melalui Ahli Lembaga Pelawat serta Komuniti setempat.