Showing posts from May, 2023Show all
Alhamdulillah terima kasih atas kerjasama Pengarah,Unit Pengurusan & Unit Penyeliaan. Kami staff Hospital Pontian Johor telah hadirsama melestarikan konsep HMI.Tema konvensyen *Perawatan Holistik Pemangkin Kelestarian Kesihatan Ummah* Penganjur Konvensyen Hospital Mesra Ibadah 2023  Hospital Al-Sultan Abdullah (HASA) UiTM merupakan konvensyen yang julung kalinya diadakan di HASA ini semenjak ia mula beroperasi pada tahun 2021.   Penganjuran konvensyen ini amat bersesuaian dengan status HASA yang merupakan salah satu hospital pengajar di Malaysia. Kerjasama  Hospital Mesra Ibadah dari KKM-JAKIM bagi memastikan pesakit mendapat perkhidmatan penjagaan spiritual yang terbaik ketika menerima rawatan di HASA.  Program konvensyen ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Hospital Mesra Ibadah Hospital Al-Sultan Abdullah UiTM dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).  Objektif Konvensyen Hospital Mesra Ibadah 2023 ini diadakan untuk: 1. Memberi pendedahan kepentingan perawatan secara holistik kepada ummah. 2. Membuka ruang idea terutama aspek penggunaan teknologi bagi mencapai kesihatan holistik. 3. Medium bagi pengamal perubatan dan penjaga untuk bertukar pandangan ke arah mencapai kelestarian kesihatan holistik.  Terima kasih atas segala yang semua staff hospital lakukan untuk kepentingan orang ramai dan masyarakat.