Ianya adalah satu konsep
telah diperkenalkan iaitu ke arah pemantapan HMI.
Antara elemen
– elemen penting yang perlu ada pada HMI:-
1.Pengamal Perubatan- semua Pegawai Perubatan dan anggota paramedik muslim
Pentadbiran dan Pengamal Perubatan adalah asas terpenting
dalam melakukan perubahan daripada konsep yang sedia ada kepada HMI.Tindakan
ini dimantapkan atau diharmonikan
melalui aktiviti yang bersepadu dan sentiasa berkekalan kepada peringkat
organisasi sehinggalah kepada pesakit. Faktor ini perlu difokuskan kepada
perubahan yang dilakukan ke atas setiap lapisan pekerja muslim. Ia dilakukan
secara menyeluruh dengan unsur – unsur keimanan, amalan, pemikiran dan
keikhlasan hati setiap pekerja .
1.1.Khusus Jururawat Muslim
Merupakan petugas hospital yang paling ramai dan berinteraksi 24 jam dengan pesakit. Mereka lebih kerap melaksankan prosedur kepada pesakit. Penjagaan kejururawatan secara holistik (fizikal,psikologi,mental dan spiritual) dengan menerapkan nilai – nilai murni atau prinsip Islam dalam profesyen asas kejururawatan .Contohnya semasa situasi pesakit muslim nazak – membantu bersama waris (sekiranya ada) sentiasa ingatkan kalimah syahadah atau memperdengarkan bacaaan al Quran melalui aplikasi talipon bimbit.
2.Kursus dan Latihan
Latihan yang berterusan oleh pengamal
perubatan muslim seperti konvesyen atau
seminar dan kursus peringkat kebangsaan,negeri atau komuniti samaada dalaman
dan luaran yang meletakkan pengisisan rohani atau spiritual sebagai teras utama.
3.Persekitaran
Menekankan amalan – amalan yang perlu
dijadikan rutin seperti salam,selawat,doa,ceramah,tazkirah,poster,risalah dan
jadual waktu pesakit semasa menerima rawatan yang membolehkan pesakit
melakukan ibadah. Suasana mesra ibadah
dengan kemudahan bilik solat di wad atau berhampiran,bauan aromaterapi hiasan
dan postr serta troli alatan ketersediaan Al Quran,kitab – kitab doa dan hadith
.
4.Perkakasan untuk membantu pesakit
Troli mudah alih dan Kit solat- alatan wudhu ,pek tayamum,kain
telekung serta alat bantuan yang kreatif yang boleh membantu pesakit beribadah
telah dapat disediakan dengan mencukupi
dan berfungsi dengan sangat baik.
5.Hak Pesakit
dan persendirian.
Kemudahan ini
termasuklah mewujudkan Jawatankuasa yang menguruskan hal ehwal HMI.
Kemudahan seperti khidmat kaunseling
bersama komuniti kerjasama Pejabat Agama Islam daerah juga disediakan seperti
pengurusan jenazah dan audit berkaitan dalam fungsi institusi perubatan seperti
prosedur atau kebebasan memilih rawatan.