Pengenalan

 

Program ini perlu diwujudkan selaras dengan penerimaan dan perhatian terhadap perkhidmatan penjagaan spiritual yang semakin meningkat.Pesakit perlu dirawat secara holistik dengan mengambil kira kepercayaannya, bukan sahaja untuk membantu mereka memahami penyakit berkaitan tetapi juga bertujuan terapeutik dan penyembuhan. Ini perlu untuk  semua anggota kesihatan, pesakit, waris dan sukarelawan.Firman Allah : “Maka bertakwalah kepada Allah dengan kadar kemampuan kamu.( Al Taghabun :16).

      HMI ini telah diperkenalkan pada tahun 2010 oleh Hospital Universiti Sains Malaysia dan dirasmikan oleh Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia Tan Sri Dr.Noorhisham Abdullah pada April 2014.Kini telah dapat diterapkan sebanyak 146 buah hospital kerajaan  di Malaysia. HMI ini telah dilancarkan pada 21hb Ogos 2010 di peringkat JKNJ bertempat di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Johor.Antara saranan atau aktiviti di bawah Unit Hal Ehwal Islam atau ahlijawatankuasa HMI adalah seperti menyediakan peralatan ibadah untuk memudahkan pesakit boleh meneruskan ibadat di wad dengan penambahbaikan arah kiblat,botol ‘spray” unyuk wudhu,debu tayamum,bahan bacaan berbentuk Islam, surau dan bilik – bilik musholah lelaki atau wanita.