Kerjasama Bersama Pejabat Agama Daerah Pontian Dan Lain-Lain


Di Dalam Polisi Hospital Mesra Ibadah Hospital Pontian: Kerjasama Bersama Pejabat Agama Daerah Pontian serta Unit-unit Hal Ehwal Agama Islam Hospital Berpakar Negeri Johor.


Lampiran A

Kerjasama yang diberi oleh Majlis Agama Islam Johor  dalam memberi panduan dan bimbingan kepada pihak hospital mengikut deskripsi tugas Pegawai Hal Ehwal Islam Pejabat Agama Daerah iaitu menjalankan tugas -tugas yang berkaitan dengan dakwah, pengurusan masjid@surau, akidah, halal, undang - undang syariah, Baitulmal dan penguatkuasaan.

Antaranya :

1.     Memberi ceramah atau tazkirah kepada anggota pekerja melalui program pembudayaan Al Quran setiap bulan 2 kali seminggu.

2.     Memantau peraturan dan panduan permohonan kebenaran kutipan derma akhirat semasa atau kebajikan  mengikut kehendak Seksyen 106 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Johor 2003.


Lampiran B

Senarai tugas atau aktiviti lawatan bil hal Pejabat Agama Daerah Pontian ke Hospital Pontian.

1.     Memberi bimbingan khidmat nasihat dan motivasi kepada pesakit dan waris.

2.     Menyediakan dan memberi risalah @pamplet serta menyalurkan maklumat bantuan.

3.     Menguruskan peruntukkan kewangan dan pembayaran ke atas kelayakan aktiviti atau

program yang dilaksanakan.

4.     Menyediakan laporan pelaksanaan aktiviti dan program yang telah dijalankan.

5.     Menerima arahan dari masa ke semasa daripada Pegawai Tadbir Agama.