Majlis Sumbangan Bungkusan Hari Raya kepada para pesakit Hospital Daerah Pontian 1443H








PONTIAN 25 April: Majlis Sumbangan Bungkusan Hari Raya Daerah Pontian 1443H telah diadakan di Hospital Pontian kepada para pesakit Melayu, Cina dan India. 
Majlis Perasmian telah dilancarkan oleh wakil rasmi Tuan Pegawai Daerah iaitu Ketua Penolong Pegawai Daerah, Encik Azmee Awang. Turut hadir ialah Setiausaha Majlis Perbandaran Pontian, Ketua Polis Daerah, Ketua2 Jabatan dan Pegawai Majlis Agama Islam Daerah Pontian. 
Lawatan dan Penyerahan Bungkusan Hari Raya diagihkan kepada para pesakit di Wad Awam Lelaki, Wad Bersalin, Unit Fisoterapi,  dan Unit Dialisis. Bacaan doa utk kesihatan, pemulihan dan kesejahteraan telah dilakukan pada setiap akhir lawatan di wad2 berkenaan. 
Semoga penyampaian bungkusan Hari Raya ini sekurang2nya dapat menggembirakan hati para pesakit, dan membantu penyembuhan mereka, di samping menceriakan dan menaikkan semangat sambutan Hari Raya tidak lama lagi.