Konvensyen Hospital Mesra Ibadah Peringkat Kebangsaan Tahun 2022 anjuran JAKIM

 




Putrajaya, September 21, 2022: Sebanyak 10 hospital di bawah Kementerian Kesihatan (KKM) menerima pengiktirafan sebagai Hospital Mesra Ibadah (HMI) kerana menyediakan fasiliti serta khidmat bimbingan untuk pesakit menunaikan ibadah ketika menerima rawatan.

Hospital berkenaan adalah Hospital Sultanah Nur Zahirah, Terengganu; Hospital Serdang dan Hospital Shah Alam di Selangor; Hospital Taiping dan Hospital Teluk Intan di Perak.

Turut menerima pengiktirafan ialah Hospital Sultanah Bahiyah di Kedah; Hospital Pulau Pinang; Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat dan Hospital Pontian, Johor serta Institut Kanser Negara di Putrajaya.